- Lain-lain
Jadi Messi China, Impian Remaja Xinjiang
Dahulunya pernah berdakapan dengan Lionel Messi, remaja 14 tahun dari wilayah autonomi Uygur Xinjiang ini melantangkan sokongan yang tak kunjung padam terhadap idola itu tatkala berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2022.

Abduhalik Hemdulla menonton Piala Dunia FIFA 2022 bersama ibu bapanya. (People’s Daily Online/ihsan jabatan publisiti jawatankuasa wilayah Kashgar Parti Komunis China)
Berpakaian jersi yang dihadiahkan sendiri oleh Messi lima tahun lepas, Abduhalik Hemdulla yang berasal dari kaunti Yecheng, Kashgar menyoraki bintang handalan itu ketika menyaksikan Argentina beradu kekuatan dengan pasukan lawan, Croatia pada pusingan separuh akhir.
Minat anak muda ini terhadap sukan bola sepak mula berputik semasa di bangku sekolah rendah, seawal gred dua lagi. Selama dua tahun Abduhalik menabung, kemudian dia meminta bantuan daripada guru pendidikan jasmaninya untuk membelikannya sebiji bola sepak.
“Saya tersentuh melihat minatnya terhadap bola sepak,” kata guru itu. Kisah Abduhalik Hemdulla menjadi tular selepas dikongsinya di internet.

Foto menunjukkan Abduhalik Hemdulla dan Lionel Messi pada 2017. (People’s Daily Online/ihsan jabatan publisiti jawatankuasa wilayah Kashgar Parti Komunis China)
Dengan bantuan media bola sepak, remaja itu mendapat peluang untuk bertemu dengan Messi pada 2017. Bukan setakat dihadiahi bola sepak berautograf dan jersi, Abduhalik juga berkesempatan berdakapan mesra dengan bintang pujaannya itu.
“Messi sentiasa mencurahkan segala kemampuan ketika bermain bola sepak. Yang saya telah pelajari daripada idola saya itu ialah asalkan tak berputus asa, saya pasti boleh mencapai kemajuan,” ujar Abduhalik.
Kini, anak muda ini sudah pun bergelar pelajar sekolah menengah rendah. Meskipun tidak dapat bermain untuk pasukan bola sepak sekolah seperti yang dihajatinya, dia tetap turun ke padang bersama-sama rakan sebaya setiap kali ada kelapangan.

Foto menunjukkan Abduhalik Hemdulla dan Lionel Messi berdakap-dakapan pada 2017. (People’s Daily Online/ihsan jabatan publisiti jawatankuasa wilayah Kashgar Parti Komunis China)
“Saya mahu menjemput Messi dan ahli keluarganya untuk melawat kampung halaman saya selepas selesainya Piala Dunia supaya beliau dapat melihat betapa ramainya peminat bola sepak yang ada di sini,” kata Abduhalik lagi.
Sama seperti Abduhalik Hemdulla, ramai anak muda di Kashgar yang gemar akan sukan bola sepak.
Menurut Adil Yunus, ketua biro sukan Kashgar, bola sepak sudah menjadi amat popular dalam kalangan penduduk tempatan. “Lebih 82,000 remaja di sini bermain bola sepak dengan tetap. Setiap kampung ada pasukan bola sepak,” jelas Adil Yunus.

Abduhalik Hemdulla yang berusia 14 tahun menayangkan jersi dan bola sepak yang dihadiahkan oleh Lionel Messi. (People’s Daily Online/ihsan jabatan publisiti jawatankuasa wilayah Kashgar Parti Komunis China)
Terdapat ramai pemuda dari Kashgar yang telah berjaya mencari nama sebagai atlet profesional bola sepak, misalnya Mirahmetjan Muzepper, pemain pertama dari Xinjiang yang terpilih untuk pasukan negara China. Mereka ini cukup ghairah terhadap sukan itu, dan sedang bersungguh-sungguh melatih diri dengan harapan dapat tampil sebagai Messi China.

Foto menunjukkan Abduhalik Hemdulla sedang bersungguh-sungguh melatih. (People’s Daily Online/ihsan jabatan publisiti jawatankuasa wilayah Kashgar Parti Komunis China)
- Perancis ke Final Piala Dunia
- Maghribi, ‘Kuda Hitam’ Piala Dunia 2022
- Syarikat China Untung Besar di Piala Dunia
- Ghana Tundukkan Korea Selatan
- Impian Bola Sepak Semarak di Dataran Tinggi
- Elemen Sains, Teknologi Penuhi Piala Dunia Qatar
- Beg Media Olimpik Beijing di Piala Dunia Qatar 2022
- Piala Dunia 2022 Buka Tirai di Qatar
- ‘Buatan China’ Bantu ‘Piala Dunia Hijau’ di Qatar
- Piala Dunia Qatar 2022 Buka Tirai



