Bali Sambut Ketibaan Penerbangan Carter Pertama dari China

(CRI)Selasa 24 Januari 2023

Majlis sambutan dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan Indonesia dan kerajaan provinsi Bali di lapangan terbang Bali pada pagi Ahad untuk mengalu-alukan ketibaan penerbangan carter pertama dari China pada tahun 2023.

Nyanyian dan tarian tradisional Bali serta tarian singa yang merupakan tradisi sambutan Tahun Baharu Cina diadakan di lapangan terbang Bali sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong China dari Shenzhen.

Setiap pelancong juga disambut mesra dengan dipakai kalungan bunga dan dihadiahkan cendermata.

Gabenor provinsi Bali, Wayan Koster dalam majlis sambutan itu berkata, pihaknya amat mementingkan pasaran China kerana ia antara pasaran terbesar bagi kemasukan pelancongan ke Bali. Jumlah pelancong China ke pulau peranginan itu pernah mencecah 1.4 juta pada masa puncak pelancongan. Kepulangan pelancong China dipercayai akan merancakkan perkembangan industri pelancongan di Bali. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan