Kerjasama Dagangan BRI Capai Kemajuan Baharu

(CRI)Jumaat 03 Februari 2023

Kerjasama ekonomi dan perdagangan di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) melakar kemajuan baharu pada tahun lalu, menurut Kementerian Perdagangan China.

Data berkenaan menunjukkan jumlah perdagangan barangan antara China dengan negara-negara terlibat dalam BRI mencapai RMB13.8 trilion (RM8.74 trilion) pada 2022, meningkat 19.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, pelaburan dua hala antara China dan negara-negara terbabit terus mempamerkan prestasi mantap.

Antaranya pelaburan langsung bukan kewangan yang dibuat China di negara-negara BRI mencecah RMB141.05 bilion (RM89.28 bilion), menyaksikan kenaikan sebanyak 7.7 peratus.

Pelaburan sebenar negara-negara tersebut terhadap China pula berjumlah RMB89.15 bilion (RM56.4 bilion), menokok 17.2 peratus.

Setakat hujung 2022, jumlah kumulatif pelaburan dibuat syarikat China menerusi zon kerjasama yang dibina di negara-negara BRI mencatat sebanyak RMB397.9 bilion (RM251.8 bilion), sekali gus menawarkan 421,000 peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan