Kedinamikan Sektor Pelancongan China Pacu Pemulihan Dunia

(CRI)Khamis 16 Februari 2023

Hubungan ekonomi dan pertukaran sosiobudaya antara China dengan negara lain diyakini akan terus dipergiat susulan penyambungan semula perkhidmatan pelancongan ke luar negara.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin, ia sekali gus menyuntik keyakinan dan momentum kepada pemulihan ekonomi sejagat.

Beliau berkata demikian pada Rabu ketika diminta mengulas berhubung tindakan banyak negara menambah baik kemudahan pelancongan dalam usaha menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari China.

Wang berkata kerajaan dan penggiat industri pelancongan di negara-negara terlibat membuat persiapan rapi untuk menerima kunjungan pelancong China.

"Kehadiran pengunjung China boleh menyuntik kedinamikan baharu untuk pemulihan sektor pelancongan dan pertumbuhan ekonomi negara berkenaan.

"Sebelum pandemik COVID-19, China menjadi pasaran pelancongan ke luar negara yang terbesar di dunia selama beberapa tahun berturut-turut, dan pelancong negara ini juga antara kumpulan berbelanja terbesar,”kata beliau.

Wang turut meluahkan harapan supaya negara-negara terbabit dapat menawarkan persekitaran yang selamat dan mudah kepada pengembara dari China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan