Kapasiti Syarikat Penerbangan China Kembali Pulih, Harga Tiket ke Asia Tenggara Menarik

(CRI)Khamis 09 Februari 2023

Menurut statistik lawan sesawang Qunar, satu platform perkhidmatan pelancongan China, tempahan tiket kapal terbang ke seberang laut semasa percutian Tahun Baharu China (TBC) meningkat 6.7 kali ganda tahun ke tahun.

Antaranya, lima destinasi teratas yang direkodkan adalah Thailand, Hong Kong, Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia.

Seiring dengan pemulihan pelbagai laluan penerbangan China ke Asia Tenggara pada hujung Januari hingga awal Febuari, dan penurunan bilangan pelancong selepas cuti TBC, ia sekali gus menyebabkan harga tiket kapal terbang jatuh.

Secara keseluruhannya, harga tiket kapal terbang dari China ke Asia Tenggara jatuh 30 peratus pada bulan Februari.

Bermula minggu ini, agensi pelancongan di China telah menyambung semula urusan pelancongan berkumpulan ke seberang laut.

“Sejajar dengan pemulihan kapasiti penerbangan, jumlah penerbangan dari China ke Asia Tenggara akan terus meningkat pada bulan Februari.

“Dalam pada itu, bilangan pelancong akan merudum berbanding cuti TBC pula akan menyebabkan harga tiket ke Asia Tenggara lebih menarik,” ujar Guo Lechun, Naib Ketua Pengarah Institut Pengajian Data Besar Qunar.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan