Ibis Warna-warni Muncul Semula di Yunnan

Ibis Warna-warni Muncul Semula di Yunnan
Foto ini menunjukkan burung ibis warna-warni yang dirakamkan di tanah lembap tasik Fuxian pada 26 Februari 2023. (foto: Liu Guineng)

Baru-baru ini, seorang jurugambar dapat merakam burung ibis warna-warni, haiwan yang diberi peringkat perlindungan tertinggi di tanah lembap tasik Fuxian, di bandar Chengjiang, provinsi Yunnan, China. Menurut jurugambar itu, ini kali pertama dalam tiga tahun selepas dia merakam burung ibis warna-warni pada 2020.

Dalam video, sampel yang dirakamkan tingginya kira-kira 40 hingga 50 sentimeter. Paruh panjangnya membengkok ke arah bawah, bulunya dari kepala hingga pangkal sayap berwarna keperang-perangan, manakala bulu selebihnya berwarna hitam tembaga.

Burung ibis warna-warni ialah spesis yang melambangkan penambahbaikan persekitaran ekologi tanah lembap. Haiwan ini biasanya tinggal di tepi sungai dan paya dan terutamanya memakan serangga akuatik, udang dan krustasea. Oleh kerana sudah beberapa tahun tidak pernah ditemui, Senarai Haiwan Terancam China pernah mengumumkan kepupusan butung ibis warna-warni di China. Bagaimanapun, dengan persekitaran ekologi yang bertambah baik, haiwan ini dapat ditemui semula.

Terletak di sebahagian laluan migrasi burung, tasik Fuxian bukan sahaja tempat berkumpul dan berehat untuk burung migrasi, tetapi juga habitat pada musim sejuk bagi unggas air. Tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat banyak haiwan ditemui yang tergolong dalam 196 genus, 39 famili dan 16 order yang berbeza.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan