Kisah Hadiah kepada Xi: Kapal Kargo Tanda Tekad China dalam Keterbukaan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 28 April 2023

Pada 22 September 2015, ketika Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan ahli politik Amerika Syarikat di Seattle, beliau mengimbau kisah ketika baru terjalinnya hubungan diplomatik China-AS selama tiga bulan. Masa itu, kapal kargo China “Liulinhai” telah berlabuh di pelabuhan Seattle, mengakhiri zaman pelayaran antara dua negara terputus berdekad lama.

Pada keesokan hari, ketika Xi berkunjung ke ibu pejabat Microsoft Corp, satu model cetakan tiga dimensi (3D) dihadiahkan kepada Xi daripada syarikat itu. Tertulis pada platnya, “Pelayaran bersejarah pada 1979 memulakan persahabatan China-AS, membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.”

Pada September 2015, Microsoft Corp menghadiahkan satu model cetakan 3D kapal kargo “Liulinhai” kepada Presiden Xi Jinping. (Foto/Hu Yang)

Pada September 2015, Microsoft Corp menghadiahkan satu model cetakan 3D kapal kargo “Liulinhai” kepada Presiden Xi Jinping. (Foto/Hu Yang)

Pelayaran “Liulinhai” menjadi lambang China membuka pintu negara menuju ke arah keterbukaan. Dalam lawatan itu, Xi mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil dari pelbagai lapisan masyarakat AS dan menegaskan bahawa China takkan menutup pintu yang telah pun terbuka.

43 tahun yang lalu, pelayaran “Liulinhai” menandakan pembukaan laluan pelayaran pertama selepas terjalinnya hubungan diplomatik China-AS. Kini, di lautan Pasifik, ribuan kontena diangkut oleh kapal kargo yang berulang alik antara kedua-dua negara setiap hari. Nilai perdagangan China-AS pada tahun 2021 meningkat 302 kali ganda berbanding tahun 1979, mencipta sejarah. Terbuktilah daripada sejarah dan realiti bahawa hubungan perdagangan antara kedua-dua negara dari intinya adalah bersifat menang-menang dan membawa faedah yang cukup besar bagi segenap rakyat.

Pada pagi 16 November 2021, Presiden China, Xi Jinping mengadakan sidang video dengan Presiden AS, Joe Biden di Beijing. (Xinhua/Yue Yuewei)

Pada pagi 16 November 2021, Presiden China, Xi Jinping mengadakan sidang video dengan Presiden AS, Joe Biden di Beijing. (Xinhua/Yue Yuewei)

Pada November 2021, ketika bertemu dengan Presiden Joe Biden melalui sidang video, Presiden Xi mengumpamakan kedua-dua negara sebagai dua kapal gergasi yang berlayar di lautan. Amat perlunya kewaspadaan agar dua kapal gergasi ini berlayar bersama menyongsong angin dan ombak tanpa kehilangan arah tuju dan kelajuan atau berlanggar.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan