Kereta Api China-Laos Jadi Pilihan Baharu Pelancongan Rentas Sempadan

(CRI)Rabu 03 Mei 2023

Semasa cuti menyambut "Hari 1 Mei", terdapat ramai pelancong asing terutama yang melancong secara berkumpulan tertarik oleh kereta api antarabangsa China-Laos.

Menurut maklumat jabatan pemeriksaan sempadan antara kedua-dua negara, jumlah rombongan pelancong rentas sempadan dengan menaiki kereta api meningkat dengan ketara.

Dalam perjalanan kereta api penumpang antarabangsa D888 dari Vientiane, Laos ke Kunming, provinsi Yunnan China, terdapat satu rombongan pelancong Thailand yang terdiri daripada 100 orang. Menurut maklumat agensi pelancongan berkenaan, para anggota rombongan pelancong tersebut mempunyai tujuan khusus untuk menghayati pengalaman perjalanan dengan menaiki kereta api penumpang China-Laos.

Menurut maklumat dari seorang petugas agensi pelancongan Thailand, sejak bermulanya pengoperasian Kereta Api China-Laos, urus niaga syarikatnya meningkat sebanyak 40%, dan kini pihaknya bersedia mempromosi pakej pelancongan secara berkumpulan ke Xishuangbanna, China.

Perjalanan Kereta Api Vientiane-Kunming yang beroperasi selama 10 jam setengah termasuk masa pemeriksaan di pintu sempadan, melibatkan lapan perhentian, antaranya bandar-bandar pelancongan yang hangat termasuk Vang Vieng dan Luang Prabang di Laos, dan Xishuangbanna, Kunming di China.

Difahamkan, kereta api penumpang antarabangsa China-Laos dibahagikan kepada gerabak rentas sempadan dan bukan rentas sempadan. Antaranya kapasiti penumpang gerabak rentas sempadan mencatat kira-kira 250 orang.

Seiring dengan bermulanya operasi rasmi kereta api penumpang antarabangsa menyusul Laluan China-Laos pada 13 April, warga China yang berminat melancong ke luar negara mempunyai pilihan baharu semasa tempoh menyambut "Hari 1 Mei". Laluan yang dilengakpi kereta api yang selesa itu yang harga tiketnya berpatutan turut menjadi tarikan besar bagi ramai pelancong yang berpotensi. Tiket untuk gerabak rentas sempadan kereta api Kunming-Vientiane dilaporkan hampir habis dijual setiap hari.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan