Xi Cakna Isu Keterjaminan Makanan dan Tenaga

(CRI)Jumaat 12 Mei 2023

Keterjaminan makanan dan tenaga antara perkara yang menjadi tumpuan Presiden Xi Jinping apabila mengadakan tinjauan di bandar Cangzhou, provinsi Hebei pada Khamis.

Beliau memulakan lawatannya dengan mengunjungi ladang gandum yang terletak di pekan Jiucheng untuk melihat sendiri keadaan tanaman jenis tahan kemarau dan alkali.

Untuk rekod, Cangzhou memiliki tanaman jenis seumpama seluas 668,000 hektar, dengan output sebanyak 223,700 tan pada 2022.

Rantaian perindustrian gandum yang lengkap turut dibentuk membabitkan pengurusan pesanan, penyimpanan dan transit, pemprosesan tepung, pengeluaran makanan dan lain-lain.

Terdahulu, Xi pernah memberi penekanan tentang perlunya mengoptimumkan tanah masin alkali di seluruh negara kerana ia berperanan penting dalam memastikan bekalan makanan domestik sentiasa mencukupi.

Pada hari sama, beliau menjejakkan kaki ke Pelabuhan Arang Batu Huanghua untuk melihat sendiri operasi serta rancangan pembangunan fasiliti itu.

Sebagai pelabuhan arang batu terbesar China, pelabuhan Huanghua mengendalikan truput sebanyak 212 juta tan pada tahun lepas, mendahului pelabuhan lain dalam negeri selama empat tahun berturut-turut.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan