Zhao Leji Lakukan Lawatan Muhibah ke Malaysia

(CRI)Isnin 22 Mei 2023

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhao Leji mengadakan lawatan muhibah ke Malaysia pada 18 hingga 20 Mei.

Sepanjang lawatan itu, Zhao menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, serta bertemu secara berasingan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.

Apabila menghadap Agong, Zhao menyatakan bahawa hubungan China-Malaysia berkembang sihat dan stabil, menyaksikan kerjasama pragmatik membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Tahun depan menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.

Dua negara diharap mengambil peluang itu sebagai titik permulaan baharu untuk memantapkan pembinaan komuniti berkongsi nasib, katanya.

Dalam pertemuan dengan Anwar, Zhao menyifatkan kerjasama pragmatik dan pertukaran sosiobudaya sebagai dwienjin pembangunan hubungan China-Malaysia, khususnya usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terus dipergiatkan.

Semasa sesi rundingan bersama Johari, Zhao meluahkan hasrat NPC untuk meningkatkan interaksi dengan Parlimen Malaysia membabitkan pelbagai peringkat dan berkongsi pengalaman berhubung kedaulatan undang-undang supaya menyediakan jaminan kepada kerjasama antara satu sama lain.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan