Panorama Lebuh Raya Dushanzi-Kuqa, Xinjiang

Panorama Lebuh Raya Dushanzi-Kuqa, Xinjiang
Foto udara yang diambil pada 10 Mei 2023 ini memaparkan jalan gunung berliku-liku yang baru dibersihkan salji di Lebuh Raya Dushanzi-Kuqa, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China. Lebuh raya itu, yang melintasi Gunung Tianshan, dianggap sebagai salah satu jalan yang paling cantik di China.

Ekoran keadaan bersalji serta ais yang menyelaputi permukaan jalan, lebuh raya ini ada “tempoh hibernasi” yang biasanya bermula pada bulan Oktober dan berakhir pada Jun tahun berikut. Kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan semasa “hibernasi” tahunan ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan