450 Filem Ditayang sempena SIFF ke-25

(CRI)Isnin 12 Jun 2023
450 Filem Ditayang sempena SIFF ke-25

Hampir 450 filem dari seluruh dunia akan ditayangkan di 41 panggung wayang di Shanghai sepanjang berlangsungnya Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) edisi ke-25 bermula 9 hingga 18 Jun.

Antaranya, 80 filem dari Asia dan 76 filem terbitan China akan membuat tayangan perdana sempena SIFF edisi kali ini.

Selain tayangan filem, pameran 'Glorious Days of SIFF' turut akan diadakan di Grand Theatre, sebuah bangunan mercu tanda yang mempunyai sejarah hampir seratus tahun di Shanghai.

Barang-barang koleksi termasuk trofi, poster SIFF edisi sebelumnya, lencana, kad dan setem peringatan yang ditawarkan pihak penganjur dan para peminat filem mencuri perhatian ramai.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan