Inisiatif China Momentum Pembangunan Hak Asasi Manusia Sejagat

(CRI)Khamis 15 Jun 2023

Forum Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Global yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Beijing, diserikan dengan kehadiran seramai lebih 300 tetamu dari hampir seratus negara dan pertubuhan antarabangsa yang menumpu kepada pertukaran dan perbincangan mengenai usaha menyempurnakan tadbir urus hak asasi manusia sejagat dan mendorong perkembangannya ke arah yang sihat.

Para hadirin menganggap bahawa Inisiatif Keselamatan Sejagat, Inisiatif Pembangunan Sejagat dan Inisiatif Peradaban Sejagat yang dikeluarkan China membawa makna yang signifikan bagi perlindungan dan keterjaminan hak asasi manusia dan berperanan sebagai momentum baharu dalam senario pembangunan hak asasi manusia global.

Ketua Institusi Pengajian Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Sweden, Stephen Brawer menyatakan bahawa tahun ini ulang tahun ke-10 BRI anjuran Presiden Xi Jinping, dan beliau yakin BRI adalah jalan damai yang benar-benar untuk mengembangkan hak asasi manusia sekali gus membasmi kemiskinan sejagat. Namun, yang menyesalkan itu adalah modus operandi Amerika Syarikat, Britain dan Kumpulan Tujuh Negara yang tidak berhenti dalam mencoret arang pada muka China, mencerminkan kepanikan dan kejahilan mereka tentang keadaan China pada zaman ini dan tamadun China yang bersejarah 5,000 tahun.

Ahli Akademi Sains Dominika, Eduardo Klinger pula menyatakan bahawa China memberi contoh yang baik dengan tindakan sendiri dan berharap setiap orang di dunia dapat menikmati hak asasi manusia. Boleh kedengaran suara China di pentas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berbunyi bahawa masih wujud rasialisme pelbagai cara dan diskriminasi sistematik di sejumlah negara, dan adalah mendesak untuk membasmi gejala seumpama itu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan