Festival Filem Shanghai: Filem Fiksyen Sains Curi Tumpuan

(CRI)Isnin 12 Jun 2023

Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-25 yang sedang berlangsung di bandar raya China itu akan menjadi platform kepada penggiat filem fiksyen sains dari dalam dan luar China untuk membincangkan hala tuju genre itu menerusi Minggu Filem Fiksyen Sains yang pertama.

Guo Fan, pengarah filem fiksyen sains, The Wandering Earth, ketika berucap pada sesi perbincangan minggu itu berkata bahawa beliau giat meneroka dan mencari hala tuju baharu untuk filem fiksyen sains sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Daya tarikan terbesar fiksyen sains terletak pada dua perkataan kunci iaitu 'masa depan' dan 'tiada batas'".

"Fiksyen sains sentiasa mencerminkan masa depan, ia menanam benih cinta untuk sains dan imaginasi yang berani di dalam hati kanak-kanak, dan memberi pengaruh kepada generasi demi generasi," ujar Guo.

Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa fiksyen sains juga merupakan bahasa antarabangsa.

"Ia adalah bahasa antarabangsa dan popular di seluruh dunia, yang membolehkan lebih ramai khalayak di luar negara mengenali kita (China) dan memahami kita," jelas Guo.

Untuk rekod, Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-25 juga menayangkan 11 filem yang bertemakan fiksyen sains, selain turut memfokuskan kepada perkembangan filem fiksyen sains di peringkat global, serta berusaha untuk mempersembahkan jalan pembangunan awal pembikin filem China dalam penciptaan filem fiksyen sains.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan