Kejayaan Tadbir Urus Ekologi China Dapat Pujian

(CRI)Khamis 18 Mei 2023

Satu tinjauan pendapat membabitkan netizen global menunjukkan 91.6 peratus responden sangat menghargai usaha China dalam tadbir urus dan perlindungan ekologi, dan secara amnya menyokong cadangan China mengenai isu ekologi.

Tinjauan yang dijalankan Kumpulan Media China (CMG) itu mendapati 88.7 peratus responden berpendapat bahawa pencapaian China dalam perlindungan alam sekitar patut mendapat pujian tinggi, manakala 92.9 peratus lagi mengiktiraf usaha China dalam penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan.

China melihat persekitaran ekologi yang baik sebagai produk awam yang paling adil dan kebajikan rakyat yang paling inklusif.

Dalam hal ini, 91.8 peratus responden sangat bersetuju dan berpendapat bahawa menghormati alam, mengikut hukum alam dan melindungi alam akan memberi dorongan berterusan demi pembangunan berkualiti sosioekonomi.

China percaya bahawa tadbir urus dan perlindungan ekologi antara isu global yang perlu ditangani secara bersama oleh semua negara.

Dalam hal ini, 91.6 peratus responden mengatakan bahawa kerjasama antara China dengan negara-negara lain di dunia mempamerkan tanggungjawab dan komitmennya sebagai sebuah kuasa besar.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan