Banjir Beijing: 33 Maut, 18 Masih Hilang

(CRI)Rabu 09 Ogos 2023

Seramai 33 orang maut, manakala 18 lagi masih hilang akibat banjir dibawa taufan Doksuri yang melanda Beijing.

Selain itu, lima individu yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) terkorban dalam bencana berkenaan.

Naib Datuk Bandar Beijing, Xia Linmao berkata curahan hujan lebat bermula 29 Julai hingga 2 Ogos mengakibatkan hampir 1.29 juta penduduk terjejas.

Setakat pukul 6 petang 8 Ogos, perkhidmatan komunikasi di 342 kampung kembali pulih, dan lebih 82,000 penduduk dipindahkan ke kawasan selamat.

Video

Berita Berkaitan