Beijing Sanggah Keputusan Biden Sekat Pelaburan di China

(CRI)Khamis 10 Ogos 2023

Beijing membuat bantahan sekeras-kerasnya atas tindakan Amerika Syarikat (AS) menyekat aktiviti melabur di China.

Presiden Joe Biden dilaporkan menandatangani perintah eksekutif bertujuan menyekat dan mengawal selia pelaburan berteknologi tinggi oleh entiti AS menyasarkan China, hari ini.

Ia meliputi cip komputer termaju, elektronik mikro, teknologi maklumat kuantum dan kecerdasan buatan.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China mengkritik tindakan AS seumpama melanggar prinsip ekonomi berorientasikan pasaran dan persaingan adil, mencemar order perdagangan global serta mengganggu kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan di peringkat global.

Keputusan AS itu akan merosakkan kepentingan kedua-dua negara malah komuniti perniagaan dunia, kata jurucakap itu.

Washington digesa supaya mengotakan janji-janji yang dibuat pentadbiran Biden antaranya tiada niat untuk mencantas hubungan dengan China dan menghalang pertumbuhan ekonomi China.

Jurucakap itu menerusi kenyataan turut mengingatkan AS jangan mempolitikkan isu berkaitan teknologi atau menggunakannya sebagai alat dan senjata, selain menarik balik keputusan salah dengan serta-merta dan mewujudkan persekitaran kerjasama yang kondusif.

Video

Berita Berkaitan