Transaksi Teknologi Hijau Merekod RMB890 juta pada Hari Ekologi Kebangsaan

(CRI)Khamis 17 Ogos 2023

Aktiviti tuan rumah untuk menyambut Hari Ekologi Kebangsaan China yang pertama berakhir di bandar Huzhou, provinsi Zhejiang pada Rabu.

Menurut data terkini dari pihak penganjur, 22 buah agensi telah mencapai persetujuan perdagangan tentang teknologi hijau, sedangkan kontrak yang bernilai RMB890 juta (RM565 juta) yang termeterai melibatkan penyelidikan dan pengeluaran teknologi berkenaan, pelesenan teknologi, pelaburan dan pengumpulan dana dan penjenamaan industri.

Selain itu, pameran teknologi hijau dan karbon rendah antarabangsa yang melabuh tirai pada petang hari yang sama, menyaksikan penglibatan 135 buah syarikat dan agensi dari dalam dan luar China yang menampil dengan membawa lebih 500 jenis produk dan lebih 300 buah pakej penyelesaian, yang memfocuskan sumber tenaga hijau, kenderaan elektrik bateri (BEV), semikonduktor dan fotoelektrik serta bahan dan kelengkapan baharu.

Video

Berita Berkaitan