Keunikan Qilou Kini Jadi Tarikan Pelancong di Haikou

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 31 Ogos 2023
Keunikan Qilou Kini Jadi Tarikan Pelancong di Haikou
Foto yang diambil pada 21 Ogos 2023 ini memperlihatkan sebahagian daripada bangunan di jalan lama Qilou di Haikou, provinsi Hainan, selatan China. (Xinhua/Yang Guanyu)

Qilou atau rumah arked, merupakan bangunan dengan kaki lima yang membolehkan pejalan kaki melaluinya.

Haikou mempunyai kawasan Qilou yang terbesar dan juga paling baik terpelihara di China, yang dimasukkan dalam senarai pertama jalan bersejarah negara pada 2009 oleh pihak berkuasa tempatan.

Difahamkan, rata-rata Qilou di bandar ini dibina pada awal 1900-an oleh perantau Cina yang pulang dari luar negara dengan idea-idea yang diinspirasikan daripada seni bina Asia Tenggara, iaitu tempat yang pernah mereka diami.

Kini, kawasan dengan gaya bangunan unik ini telah menjadi tarikan pelancong utama di Haikou.

Video

Berita Berkaitan