Xi Arah Usaha Habis-Habisan SAR Mangsa Banjir Sichuan

(CRI)Khamis 31 Ogos 2023

Presiden China, Xi Jinping mengarahkan supaya segala usaha habis-habisan dilakukan untuk mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang hilang akibat bencana banjir di provinsi Sichuan.

Dilaporkan, banjir yang dibawa curahan hujan lebat melanda sebuah tapak pembinaan lebuh raya di tebing sungai di kaunti Jinyang, daerah autonomi Liangshan berpenduduk etnik Yi pada 21 Ogos.

Xi turut menuntut supaya siasatan dijalankan secara menyeluruh, dan penyeliaan diperkasa bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.

Video

Berita Berkaitan