Forum Presiden Universiti 2023 Diadakan dengan Jaya di Shenyang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 13 Oktober 2023

Forum Presiden Universiti 2023 dan Persidangan Komunikasi Bakat Asia Timur Laut diadakan dengan jaya. (foto/People’s Daily Online)

Forum Presiden Universiti 2023 dan Persidangan Komunikasi Bakat Asia Timur Laut diadakan dengan jaya. (foto/People’s Daily Online)

Forum Presiden Universiti 2023 dan Persidangan Komunikasi Bakat Asia Timur Laut (Shenyang) telah diadakan dengan jaya di bandar Shenyang, provinsi Liaoning pada 12 Okotber. Forum ini dihoskan oleh Kerajaan Perbandaran Sehnyang, Kumpulan Peneraju Kerja Bakat Jawatankuasa Provinsi Liaoning Parti Komunis China dan People’s Daily Online dengan sokongan akademik Persatuan Pendidikan Tinggi China.

Pada forum itu, “Laporan Analisis mengenai Pembaharuan dan Inovasi Kursus Politik di Universiti pada 2023” dikeluarkan secara rasmi.

Tetamu yang menghadiri Forum Presiden Universiti 2023 mengambil foto berkumpulan. (foto/People’s Daily Online)

Tetamu yang menghadiri Forum Presiden Universiti 2023 mengambil foto berkumpulan. (foto/People’s Daily Online)

Di samping itu, People’s Daily Online dan People AI (Perusahaan teknologi yang ditubuhkan bersama oleh People’s Daily Online dan Institut Automasi Akademi Sains China) melancarkan sistem soal jawab pintar kampus “Bysearch” untuk membantu memintarkan perkhidmatan dan pengurusan universiti.

People’s Daily Online melancarkan sistem pintar soal jawab “Bysearch”. (foto/People’s Daily Online)

People’s Daily Online melancarkan sistem pintar soal jawab “Bysearch”. (foto/People’s Daily Online)

Sebagai forum pendidikan tahunan kebangsaan berskala besar, Forum Presiden Universiti yang dihoskan oleh People’s Daily Online telah dijayakan 10 kali, menarik lebih 600 setiausaha dan presiden universiti mengambil bahagian, menjadikan forum itu acara tahunan yang membina konsensus serta menyokong pembaharuan dan pembangunan pendidikan tinggi di China.

Persidangan Komunikasi Bakat Asia Timut Laut (Shenyang) 2023 mengadakan 13 forum bertema dan aktiviti pengambilan bakat dalam dan luar negara yang terbesar di kawasan timur laut di China. Acara ini meliputi lebih 400,000 graduan kolej dalam dan luar talian, serta menawarkan 150,000 pekerjaan kepada provinsi Liaojing, provinsi Jilin, provinsi Heilongjiang dan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam.

Persidangan Komunikasi Bakat Asia Timur Laut menarik pencari kerja. (foto/People’s Daily Online)

Persidangan Komunikasi Bakat Asia Timur Laut menarik pencari kerja. (foto/People’s Daily Online)

Video

Berita Berkaitan