Suara Lantang Sokong China di UNGA

(CRI)Khamis 19 Oktober 2023

Lebih 100 buah negara lantang bersuara menyokong China dalam isu berkaitan Xinjiang, Hong Kong dan Tibet di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap Kementerian Luar China berkata hal ini mencerminkan masyarakat antarabangsa khususnya negara membangun menentang tindakan mempolitikkan isu hak asasi manusia.

Dilaporkan, semasa sesi ke-78 Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Selasa, Pakistan mewakili 72 negara menyampaikan ucapan dengan mengatakan bahawa isu berkenaan merupakan hal ehwal dalaman China, dan tindakan campur tangan dengan dalih hak asasi mesti ditolak.

Ucapan berkenaan menekankan perlunya semua pihak terlibat mentaati Piagam PBB serta menghormati hak rakyat pelbagai negara memilih jalan pembangunan berdasarkan keadaan masing-masing.

Dalam pada itu, masyarakat antarabangsa perlu memperkukuh perpaduan dan kerjasama, bersama-sama menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia.

Muslihat sekelompok kecil negara barat untuk mencampuri tangan dalam hal ehwal negara lain atas alasan hak manusia pasti gagal.

Video

Berita Berkaitan