PMI Perkilangan China 49% pada Disember

(CRI)Ahad 31 Disember 2023

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor perkilangan China mencatat 49% pada Disember, turun 0.4% berbanding bulan sebelumnya.

Demikian diumumkan Pusat Tinjauan Industri Perkhidmatan Biro Statistik Kebangsaan China (NBS) dan Persekutuan Logistik dan Pembelian China pada pagi tadi.

“Terpengaruh faktor-faktor seperti luar musim pengeluaran beberapa industri bahan mentah asas, PMI bagi sektor perkilangan turun sebanyak 0.4 mata peratusan pada bulan Disember berbanding bulan sebelumnya,” ujar ahli statistik Pusat Tinjauan Industri Perkhidmatan NBS, Zhao Qinghe.

Untuk rekod, indeks pengeluaran kekal berkembang pada bulan Disember dengan mencatat 50.2%, menurun 0.5 mata peratusan daripada bulan sebelumnya, namun masih berada pada paras yang lebih tinggi dari titik genting, manakala pengeluaran perusahaan perkilangan kekal berkembang selama tujuh bulan berturut-turut.

Zhao Qinghe menambah, dari perspektif global, industri perkilangan entiti ekonomi utama seperti Eropah dan Amerika Syarikat (AS) terus susut pada tahun ini, dan nilai awal PMI perkilangan AS dan kawasan Euro masing-masing menokok 48.2% dan 44.2% pada bulan Disember.

Video

Berita Berkaitan