Kampung Cerita Dongeng Salji Tarikan Terbaru Urumqi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 09 Januari 2024
Kampung Cerita Dongeng Salji Tarikan Terbaru Urumqi
Foto menunjukkan arca salji kartun di kampung cerita dongeng salji. (China News Service/Liu Xin)

Sebuah kampung cerita dongeng salji menjadi tarikan terbaru bagi kampung Gejiagou di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, dengan pembukaannya pada 6 Januari yang menggamit pelancong datang untuk melihat arca salji dan menikmati program hiburan ais dan salji.

Alam fantasi buatan itu terletak di kaki Puncak Bogda, puncak tertinggi bahagian timur pergunungan Tianshan, dan hanya 10 kilometer dari kawasan bandar Urumqi. Bentuk muka bumi di sana bercerun sederhana, dengan salji semula jadi yang mencukupi.

Selepas salji turun, kampung itu menjemput tukang dari Heilongjiang, provinsi paling utara China, untuk membuat hiasan salji pokok, arca salji, dan landskap lain. Dengan menggabungkan hiasan salji dengan rumah kayu tempatan, terbinanya sebuah perkampungan yang umpama dalam cerita dongeng salji.

Video

Berita Berkaitan