LegCo HKSAR Lulus RUU Lindung Keselamatan Negara

(CRI)Rabu 20 Mac 2024

Majlis Perundangan (LegCo) Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) meluluskan rang undang-undang (RUU) mengenai pemeliharaan keselamatan negara pada Selasa.

RUU berkenaan diluluskan dengan undi sebulat suara semasa sesi bacaan kali ketiga di LegCo.

Selepas ditandatangani oleh Ketua Eksekutif HKSAR, Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Negara akan diwartakan dan dikuatkuasakan secara rasmi pada 23 Mac.

Video

Berita Berkaitan