Forum Boao untuk Asia 2024 Ditutup Hari Ini

(CRI)Jumaat 29 Mac 2024

Terdapat empat subforum dan sidang akhbar yang diadakan hari ini semasa berlangsungnya persidangan tahunan Forum Boao untuk Asia (BFA) 2024 yang memasuki hari terakhir.

Dalam subforum mengenai masyarakat mesra warga emas, tokoh-tokoh profesional dari dalam dan luar negara mengadakan perbincangan tentang pelbagai topik seperti pendekatan menyempurnakan sistem jaminan sosial, perkhidmatan dan sokongan kesihatan yang ditawarkan kepada warga emas.

Dalam subforum mengenai pembinaan bersama yang berkualiti tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), para petugas dari beberapa agensi antarabangsa berkongsi hasil yang melimpah yang tercapai dalam pembangunan kesalinghubungan melibatkan pembinaan infrastruktur, teknologi, kriteria, peraturan dan pengendalian, dan turut menganjurkan sesi perbincangan tentang pembinaan bersama dalam kerangka "jalan sutera digital" melalui peningkatan kerjasama dalam inovasi sains dan teknologi dan ekonomi digital.

Video

Berita Berkaitan