'Pokok wang', Telur Itik Laut Cipta Peluang Pekerjaan di Guangxi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 11 April 2024

Seorang pekerja sedang menocangkan batang anak "pokok wang" di sebuah ladang di Hepu. (Chen Luyuan/Xinhua)

Seorang pekerja sedang menocangkan batang anak "pokok wang" di sebuah ladang di Hepu. (Chen Luyuan/Xinhua)

Penduduk kampung di daerah Hepu, di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, di selatan China, mempunyai kemahiran menocangkan anak batang Pachira akuatik yang turut digelar sebagai "pokok wang", seterusnya membentuk ia menjadi satu rupa yang menarik.

"Ayah saya mengajar saya teknik ini ketika saya masih kecil; kini, saya boleh menyiapkan sehelai dalam masa 10 saat dan memperoleh lebih RB300 sehari.

"Musim menocangkan (batang pokok) boleh berterusan selama lapan bulan setahun, dan sepanjang masa (itu) saya juga boleh membantu menternak anak benih dan mencantas untuk membuat lebih banyak wang," kata Wu Zuoye, pemuda di kampung Dazhuangjiang.

Di Hepu, Dazhuangjiang dikenali sebagai "kampung mewah" apabila hampir semua keluarga yang tinggal di situ kini menanam pokok tersebut.

Menurut Zhang Baoyu, Setiausaha Parti kampung itu, menjelang akhir tahun lepas, kampung itu mempunyai 320 hektar kawasan penanaman untuk pokok tersebut, dengan nilai keluaran tahunan melebihi RMB100 juta.

Sementara di pangkalan demonstrasi untuk penternakan itik laut di kampung Qunzhu pula, ribuan itik diternak untuk bertelur. Apabila air pasang, ia membawa ikan dan udang kecil. Dalam masa yang singkat, ikan dan udang tersebut akan teralih ke kolam di tepi pantai, seterusnya menjadi hidangan untuk itik laut.

Pekerja mengumpul telur itik laut di sebuah ladang di daerah Hepu, wilayah autonomi Guangxi Zhuang. (Zhang Zhuowen/Xinhua)

Pekerja mengumpul telur itik laut di sebuah ladang di daerah Hepu, wilayah autonomi Guangxi Zhuang. (Zhang Zhuowen/Xinhua)

"Bagi kami, telur itik adalah 'telur emas'," kata Zhong Shengqing, seorang pekerja pangkalan itu.

Telur itu kemudiannya dibawa ke bengkel di kaunti selepas dikutip. Selepas dijeruk, dibakar dan dibungkus, telur tersebut menjadi makanan istimewa tempatan yang terkenal, iaitu telur itik laut yang dijeruk.

Selain perniagaan telur itik laut, daerah Hepu turut aktif membangunkan ekonomi marinnya dengan mempromosikan akuakultur seperti penternakan ikan.

Untuk rekod, jumlah keluaran produk akuatik di daerah itu mencecah 509,400 metrik tan pada tahun lepas, iaitu meningkat 3.54 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan