Anak Panda Gergasi Raikan TBC 2025 di Sichuan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 26 Januari 2025

Sejumlah 25 ekor anak panda gergasi telah dihimpunkan di dua pangkalan pembiakan yang terletak di Provinsi Sichuan, barat daya China bagi meraikan Tahun Baru Cina (TBC) 2025 pada Khamis.

Kesemua anak panda yang lahir pada 2024 – 13 ekor di Pusat Penyelidikan dan Pemeliharaan Panda Gergasi China (CCRCGP) dan 12 ekor di Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chendu tersebut telah mempamerkan personaliti yang pelbagai, termasuk aktif dan pemalu.

Di pangkalan panda gergasi Shenshuping di CCRCGP, 13 ekor anak panda gergasi kelihatan begitu girang bermain, dan menerokai kawasan yang diletakkan pelbagai mainan yang berbentuk makanan seperti manisan ‘bingtang hulu’ (buah-buahan disaluti gula), ‘tangyuan’ (ladu beras pulut), serta dekorasi seperti guntingan kertas dan tanglung.

Sementara 12 ekor anak panda di Pangkala Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu pula dilihat seronok bermain dalam suasana penuh meriah yang disuntik elemen budaya tidak ketara seperti produk guntingan kertas dan kipas lipat, di samping simbol tradisional seperti tanglung.

Foto-foto ihsan Pusat Penyelidikan dan Pemeliharaan Panda Gergasi China ini memaparkan gelagat anak panda yang beraneka ragam semasa sambutan TBC 2025 pada 23 Januari.

Anak panda gergasi sedang bermainan mainan berbentuk ‘bingtang hulu’

Gambar anak panda gergasi yang sedang fokus bermain

Gambar anak panda gergasi yang sedang fokus bermain

Gambar anak panda gergasi yang sedang khusyuk bermain

Gambar anak panda gergasi yang sedang khusyuk bermain

Anak panda gergasi yang sedang bermain dengan mainan berbentuk lukisan manisan

Anak panda gergasi yang sedang bermain dengan mainan berbentuk lukisan manisan

Anak panda gergasi yang sedang bermain dengan mainan berbentuk ‘tangyuan’

Anak panda gergasi yang sedang bermain dengan mainan berbentuk ‘tangyuan’

Petugas sedang mengendalikan seekor anak panda gergasi

Petugas sedang mengendalikan seekor anak panda gergasi

Setiap petugas mengambil foto dengan masing-masing memegang seekor panda

Video

Berita Berkaitan