China akan Failkan Aduan, Bertindak Balas Tarif Tambahan AS

(CRI)Ahad 02 Februari 2025

White House mengeluarkan senarai fakta, mengumumkan untuk mengenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus ke atas barang import dari China, pada Sabtu malam waktu tempatan.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China menyatakan, pihaknya menzahirkan ketidakpuasan dan membantah keras tindakan Amerika Syarikat (AS) tersebut.

Jurucakap itu menegaskan bahawa China akan memfailkan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) serta mengambil tindakan balas yang sewajarnya untuk membela hak dan kepentingan negara ini.

Video

Berita Berkaitan