- Lain-lain
Menghayati Warisan Budaya Tidak Ketara Jadi Tumpuan Pelancong Semasa Perayaan TBC 2025
Tahun Baharu China (TBC) 2025 adalah yang pertama sejak perayaan itu disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara oleh UNESCO.
Oleh itu, menghayati budaya tradisional dan adat resam di pelbagai tempat menjadi cara pelancongan yang amat popular bagi rakyat China semasa perayaan TBC ini. Pertunjukan adat resam, budaya dan kemahiran membuat kraf tangan yang diadakan di serata tempat mendapat sambutan baik.
Sebanyak lebih 5,600 aktiviti bertemakan kebudayaan dan pelancongan diadakan di seluruh bandar raya Beijing. Pihak penganjur juga mengedarkan peta warisan budaya tidak ketara dan karnival TBC untuk membolehkan penduduk tempatan dan pelancong lebih mengenali warisan budaya tidak ketara di ibu kota itu.
Di bandar bersejarah Suzhou, juga mengundang pewaris bagi lebih 200 warisan budaya tidak ketara dari seluruh negara untuk membuat pertunjukan teknik untuk pelancong.
Selain itu, pelbagai dasar yang diperkenalkan kerajaan China termasuk transit tanpa visa dan pengecualian visa juga memudahkan pelancong asing untuk datang ke negara Tembok Besar ini untuk meraikan TBC dan menghayati pesona warisan budaya tidak ketara.
- Xi Hadir Majlis Resepsi TBC Anjuran PKC dan Dewan Negara
- Setiausaha Agung PBB Guterres Ucap Selamat Tahun Baharu Cina
- Xi Ziarahi Anggota Tentera Sempena TBC
- Duta Besar Malaysia Zahir Ucapan Selamat Tahun Baru Cina Kepada Warga Kerja, Pengikut People’s Daily
- Hubungan Malaysia-China Melangkaui Perdagangan, Pelaburan - PM Anwar
- Artis Global Pamer Seni Bercirikan Warisan China di Beijing Dalam Suasana TBC
- TBC 2025: Aktiviti Membeli-belah Masuk Fasa Kemuncak
- Anak Panda Gergasi Raikan TBC 2025 di Sichuan
- Xi Ucap Selamat TBC kepada Rakyat Seluruh Negara
- Adat Resam Rakyat Tradisional TBC: Membuat Tauhu