- Lain-lain
TBC 2025: Perjalanan Rentas Sempadan Pelancong Asing Melonjak 22.9 Peratus
Pegawai imigresen, Chen Miao (pertama dari kanan) sedang mengendalikan prosedur pengecualian visa transit bagi pelancong dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Capital Beijing pada 28 Januari 2025. (Foto/Xinhua)
Pihak berkuasa sempadan di seluruh China telah memproseskan 14.7 juta perjalanan rempas sempadan sepanjang cuti panjang lapan hari sempena perayaan Tahun Baru Cina (TBC), lapor agensi berita Global Times.
Memetik data yang dikeluarkan Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) hari ini, daripada angka tersebut, perjalanan warga asing direkodkan sebanyak 958,000, sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 22.9 peratus dari tahun ke tahun.
Menurut Global Times lagi, jumlah keseluruhan perjalanan rentas sempadan dalam tempoh tersebut juga mengembang 6.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan 7.67 juta perjalanan dilakukan oleh penduduk di tanah besar China; sementara pengembara dari Hong Kong, Makau dan Taiwan pula melakukan 5.74 juta perjalanan rentas sempadan.
NIA turut berkata bahawa pihak berkuasa telah memeriksa sejumlah 525,000 kenderaan keluar masuk sempadan termasuk pesawat, kapal, kereta api dan kereta, yang mewakili kenaikan sebanyak 14.4 peratus dari tahun ke tahun.
- Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
- Menghayati Warisan Budaya Tidak Ketara Jadi Tumpuan Pelancong Semasa Perayaan TBC 2025
- Xi Hadir Majlis Resepsi TBC Anjuran PKC dan Dewan Negara
- Setiausaha Agung PBB Guterres Ucap Selamat Tahun Baharu Cina
- Xi Ziarahi Anggota Tentera Sempena TBC
- Duta Besar Malaysia Zahir Ucapan Selamat Tahun Baru Cina Kepada Warga Kerja, Pengikut People’s Daily
- Hubungan Malaysia-China Melangkaui Perdagangan, Pelaburan - PM Anwar
- Artis Global Pamer Seni Bercirikan Warisan China di Beijing Dalam Suasana TBC
- TBC 2025: Aktiviti Membeli-belah Masuk Fasa Kemuncak
- Anak Panda Gergasi Raikan TBC 2025 di Sichuan