- Lain-lain
TBC Dirai Penuh Meriah di Serata Dunia
Tahun Baharu Cina (TBC) semakin mendapat populariti di seluruh dunia apabila ia diwartakan sebagai cuti umum di hampir 20 negara dan perayaan itu turut disambut meriah di 200 negara dan wilayah.
Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian berkata TBC 2025 merupakan edisi pertama selepas perayaan tradisional itu diiktiraf sebagai warisan budaya tidak ketara oleh UNESCO.
Menurut beliau, China mencatat ledakan pengembara asing yang datang untuk merasai keunikan dan kemeriahan sambutan TBC susulan kemudahan bebas visa serta transit tanpa visa ditawarkan kepada lebih banyak negara.
Data terkini menunjukkan bilangan pelancong asing yang melawat China sempena TBC 2025 melonjak sebanyak 150 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus membaharui rekod dalam sejarah.
Di hampir 200 negara dan wilayah, pelbagai aktiviti sambutan yang menarik seperti miaohui (temple fair), tarian naga dan singa, perarakan kereta berhias, program 'a taste of China' dan lain-lain turut diadakan dalam suasana penuh ceria sehingga menggamit hati masyarakat tempatan.
Dalam budaya China, ular merupakan simbol ketangkasan, kebijaksanaan dan kedinamikan.
Lin berkata pada Tahun Ular ini, China akan terus memfokuskan kepada pembangunan sendiri sambil berganding bahu dengan negara lain ke arah membina masa depan lebih cemerlang berlandaskan kerjasama saling untung.
- TBC 2025: Cuti Tamat, Orang Ramai Bawa Pulang ‘Bekal’ Dari Kampung Halaman
- TBC 2025: Perjalanan Rentas Sempadan Pelancong Asing Melonjak 22.9 Peratus
- Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
- Menghayati Warisan Budaya Tidak Ketara Jadi Tumpuan Pelancong Semasa Perayaan TBC 2025
- Xi Hadir Majlis Resepsi TBC Anjuran PKC dan Dewan Negara
- Setiausaha Agung PBB Guterres Ucap Selamat Tahun Baharu Cina
- Xi Ziarahi Anggota Tentera Sempena TBC
- Duta Besar Malaysia Zahir Ucapan Selamat Tahun Baru Cina Kepada Warga Kerja, Pengikut People’s Daily
- Hubungan Malaysia-China Melangkaui Perdagangan, Pelaburan - PM Anwar
- Artis Global Pamer Seni Bercirikan Warisan China di Beijing Dalam Suasana TBC