TBC 2025: Cuti Tamat, Orang Ramai Bawa Pulang ‘Bekal’ Dari Kampung Halaman

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 05 Februari 2025
TBC 2025: Cuti Tamat, Orang Ramai Bawa Pulang ‘Bekal’ Dari Kampung Halaman
Foto yang digabungkan ini memperlihatkan Liu Guiyun (pertama dari kanan) dari Perbandaran Dongguantun, Kaunti Juye di Bandar Heze, Provinsi Shandong di Stesen Kereta Api Utara Chongqing pada 4 Februari 2025 yang sudah bersedia untuk pulang bekerja di Bandar Neijiang di Provinsi Sichuan bersama-sama dengan suami dan anak perempuan, serta bagasinya yang dipenuhi dengan ayam panggang, pastri, kekacang dan manisan beras rangup daripada ibu bapanya. (Xinhua/Wang Quanchao)

Secara rasminya, cuti panjang selama lapan hari sempena sambutan Tahun Baru Cina (TBC) melabuhkan tirainya pada Selasa.

Justeru, bagi orang ramai yang akan meninggalkan kampung halaman, pemergian mereka turut diiringi oleh ‘kasih sayang’ daripada yang tersayang apabila bagasi masing-masing dipenuhi oleh ‘bekal’ berupa makanan istimewa tempatan.

Foto-foto dari lensa jurugambar Xinhua ini memaparkan orang awam bersama-sama dengan ‘bekal’ yang di bawa pulang daripada kampung halaman masing-masing.

Video

Berita Berkaitan