Import Eksport China Kekal Mampan Empat Bulan Pertama 2025

(CRI)Sabtu 10 Mei 2025

Jumlah import dan eksport barangan China mengekalkan pertumbuhan mampan apabila mencatat 14.14 trilion yuan (RM8.4 trilion) bagi empat bulan pertama tahun ini, menurut Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) pada Jumaat.

Angka tersebut menokok 2.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dari Januari hingga April, jumlah eksport merekodkan 8.39 trilion yuan (RM4.98 trilion) manakala import mencatat 5.75 trilion yuan (RM3.41 trilion).

Video

Berita Berkaitan