China Dilengkapi Lebih 6,000 Penerbangan Antarabangsa Seminggu

(CRI)Isnin 12 Mei 2025

Jumlah penerbangan antarabangsa yang menghubungkan China dengan dunia luar mencecah 6,428 seminggu, meningkat 25.4 peratus tahun ke tahun, dengan 4,470 yang kendalian syarikat tempatan, melambung 31.4 peratus, sedangkan 1,958 lagi yang kendalian syarikat asing, menokok 13.6 peratus.

Menurut statistik Jabatan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) baru-baru ini, kadar penerbangan antara China dengan negara-negara terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terus meningkat hingga menokok kepada 72 peratus keseluruhan penerbangan yang menghubungkan China dengan luar.

Sementara itu, China terus menyempurnakan jaringan penerbangan antarabangsa kendalian syarikat tempatan sejak tahun ini sehingga menjadikan perkhidmatan terbabit boleh mengakses ke 79 buah negara.

Video

Berita Berkaitan