- Lain-lain
Kemuncak Belian Bijirin Musim Gugur China Tamat
Foto dron ini menunjukkan jentera pertanian di ladang jagung Kumpulan Beidahuang di provinsi Heilongjiang, timur laut China, 12 Oktober 2024. (Xinhua/Wang Song)
Kemuncak pembelian bijirin musim gugur di China telah sampai ke penghujungnya, dengan rekod “paras agak tinggi” berbanding tahun-tahun kebelakangan ini. Demikian makluman pihak berkuasa rizab makanan negara pada Isnin.
Tempoh kemuncak tersebut biasanya mula pada awal hingga hujung September dan tamat pada hujung April tahun berikutnya. Data menunjukkan bahawa sepanjang penggal kali ini, pembelian bijirin musim gugur di seluruh negara mencecah 345 juta tan.
Pembelian bijirin musim gugur amat mustahak bagi keselamatan bahan makanan di China, dan mewakili hampir 75 peratus pembelian bijirin tahunan negara. Komoditi utama termasuk beras, jagung dan kacang soya.
Bagi tempoh pembelian bijirin musim panas akan datang, pihak berkuasa berkenaan akan mengambil langkah untuk memaksimumkan kedinamikan pasaran sambil menambah pemerolehan supaya harga kekal munasabah.
Pada 2024, China mencatat rekod baharu dalam pengeluaran bijirin apabila output tahunannya memecahkan paras 700 juta tan buat julung kalinya. Menurut dokumen kerajaan pusat, China akan berusaha menjamin keselamatan bijirin, dengan pembaharuan dan keterbukaan serta inovasi sains dan teknologi sebagai daya penggerak.
Keselamatan bijirin telah lama menjadi keutamaan kerajaan China. Meskipun hanya memiliki tidak sampai 10 peratus tanah subur di bumi, China memberi makan kepada satu perlima populasi dunia.
- Ekosistem Pertanian Berusia 1,300 Tahun Bersinar di Yunnan
- Hab Lemon China Kembangkan Pasaran ASEAN Dengan Eksport Pantas
- Pinggan Mangkuk Meja Mesra Alam Sekitar Diperbuat Daripada Hampas Tebu di Yunnan Terkenal di Luar Negara
- Kerjasama Pertanian China-AS Manfaatkan Pengguna, Petani
- China Kemuka Pelan, Percepat Pembinaan Kekuatan Dalam Pertanian
- Teknologi Perkasa Pengurusan Gandum Musim Bunga di Xi’an
- ‘Monorel Mini’ Permudah Pertanian di Yunnan
- Aktiviti Pertanian Rancak di Seluruh China Pada Awal Musim Bunga
- Produk Pertanian China Raih Populariti di Pasaran Luar Negara
- Petani Manfaatkan Video Pendek, Promosi Kampung Halaman di Gansu