Teknologi Perkasa Pengurusan Gandum Musim Bunga di Xi’an
 |
Petani sedang memandu sistem pemercik berbatang tinggi terdorong diri untuk menjalankan operasi kawalan gandum di kampung Zhaojiapochang, daerah Chang’an, Xi’an, Provinsi Shaanxi. (Foto oleh Wang Jian) |
Pangkalan penghasilan bijiran berkualiti tinggi yang meliputi kawasan melebihi 10,000 mu (sekitar 666.67 hektar) di Chang’an, bandar Xi’an, Provinsi Shaanxi telah melancarkan pengairan gandum yang pertamanya untuk tahun 2025 pada 26 Februari lalu.
Difahamkan, pangkalan tersebut telah menyepadukan tujuk mod, termasuk pemercik berbatang tinggi dan pemercik teleskopik tertanam, sekali gus memastikan gandum dapat menerima air yang mencukupi bagi pertumbuhan yang optimum.
Lebih menarik, aplikasi yang terdapat pada teknologi berkaitan, fasiliti pengairan dapat dioperasikan secara mudah menerusi telefon pintar.
Tatkala suhu semakin meningkat, ladang gandum di Xi’an turut sama memasuki fasa bertumbuh dan menghijau, dengan aktiviti pengurusan ladang gandum awal musim bunga seperti pengairan, pembenihan, dan kawalan kimia telah dioperasikan secara sepenuhnya.
Sejak lebih banyak teknologi termaju digunakan dalam penghasilan pertanian, ia secara tidak langsung menyaksikan bidang itu kini lebih cekap dan kurang menggunakan tenaga manusia yang banyak.
 |
Juruteknik pertanian sedang memeriksa kelembapan tanah di sebuah zon demonstrasi tanah ladang berpiawaian tinggi di kampung Renchen, daerah Lintong, Xi’an, Provinsi Shaanxi. (People’s Daily Online/Zou Xing) |
 |
Petani memandu sistem pemercik berbatang tinggi terdorong diri untuk menjalankan operasi kawalan gandum di kampung Renchen, daerah Lintong, Xi’an, Provinsi Shaanxi. (People’s Daily Online/Zou Xing) |
 |
Dron penjaga tanaman sedang melaksanakan operasi pembenihan di ladang gandum di sebuah zon demonstrasi tanah ladang berpiawaian tinggi di kampung Renchen, daerah Lintong, Xi’an, Provinsi Shaanxi. (People’s Daily Online/Zou Xing) |
 |
Peranti pengairan pemercik bergerak sedang menyiram ladang gandum di sebuah zon demonstrasi tanah ladang berpiawaian tinggi di kampung Renchen, daerah Lintong, Xi’an, Provinsi Shaanxi. (People’s Daily Online/Wang Sanhe) |
 |
Pemercik teleskopik tertanam digunakan untuk pengairan musim bunga di landang gandum pangkalan penghasilan bijirin Shenheyuan di daerah Chang’an, Xi’an, Provinsi Shaanxi. (People’s Daily Online/Jia Kailu) |