- Lain-lain
China Menggesa AS Hentikan Langkah Tarif Seksyen 232
China menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan langkah tarif Seksyen 232 dengan secepat mungkin, dan menyifatkannya sebagai amalan unilateralisme dan proteksionisme yang tipikal.
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yongqiang menyatakan sedemikian ketika membicarakan penguatkuasaan langkah tarif Seksyen 232 AS ke atas kenderaan serta produk keluli dan aluminium yang diimportnya, beserta siasatannya terhadap pengimportan ubat-ubatan berdasarkan Seksyen 232.
Dalam sidang media pada Khamis, He menyatakan bahawa China menganggap tindakan AS tersebut bukan sahaja menjadikan hak dan kepentingan negara lain terjejas, dan memberi tempias kepada sistem perdagangan multilateralisme yang berdasarkan peraturan, malahan juga tidak berfaedah bagi perkembangan industri tempatan di negaranya.
He berkata, China menggesa AS menghentikan penguatkuasaan langkah tarif Seksyen 232 dengan secepat mungkin dan menangani keprihatinan pelbagai pihak secara berhemah melalui dialog.
- China Gantung Penguatkuasaan Senarai 17 Entiti AS yang Tidak Boleh Dipercayai
- China Menggantung Sementara Kawalan Eksport terhadap 28 Entiti AS
- Tinjauan CGTN: 91.8 Peratus Responden Bidas 'Tarif Fentanyl' AS
- China, AS Setuju Turun Kadar Tarif, Tubuh Mekanisme Rundingan
- Tarif Perang AS: Jerat Leher Sendiri dalam Industri Perfileman
- Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS Capai Kemajuan Signifikan
- Rundingan Perdagangan Peringkat Tinggi China-AS Berlangsung
- China Terbuka Terhadap Sebarang Dialog dan Perbincangan
- China Setuju Bincang dengan AS tentang "Perang Tarif"
- Sistem Dagangan Terbuka, Langkah Tepat Tangani Amalan Perlindungan