China Bidas Penyalahgunaan Langkah Kawalan Eksport AS

(CRI)Jumaat 16 Mei 2025

Biro Industri dan Keselamatan (BIS) di bawah Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengeluarkan pengumuman bahawa penggunaan cip Ascend buatan Huawei di tempat mana-mana pun di seluruh dunia sama dengan melanggar kawalan pengeksportan AS.

Jurucakap penerangan Kementerian Perdagangan China, He Yongqian semalam menyatakan bahawa pengumuman AS itu sebenarnya merupakan amalan pembulian unilateral, tidak selaras dengan hukum pasaran dan mencerminkan wajahnya sebagai pengamal unilateralisme dan proteksionisme.

He berkata demikian dalam sidang akhbar semalam. Menurut beliau, AS menyalahgunakan langkah kawalan pengeksportan, mengenakan sekatan ketat terhadap produk cip China dengan alasan yang tidak berasas. Perbuatan AS itu menjadikan hak dan kepentingan syarikat China terjejas serta kestabilan rantaian bekalan global semikonduktor terancam, malah memberi dampak besar terhadap peraturan pasaran serta tata tertib ekonomi perdagangan antarabangsa. Langkah AS itu tidak bermanfaat bagi sektor korporat kedua-dua negara melakukan kerjasama yang saling menguntungkan dan mampan demi pembangunan jangka panjang.

"Selain mendesak AS agar segera membetulkan kesalahan itu, China juga menyatakan akan memberi sokongan jitu kepada syarikat tempatan dalam mempertahankan hak dan kepentingan," tegas He.

Video

Berita Berkaitan