Tindakan "Bermuka Dua" Pemimpin Taiwan Sudah Lapuk

(CRI)Rabu 21 Mei 2025

Pemimpin wilayah Taiwan masih berpegang kepada pendirian "kemerdekaan Taiwan", namun pada masa sama kononnya menunjukkan kesediaan untuk menjalankan pertukaran dan kerjasama dengan Tanah Besar atas prinsip "sama rata".

Pihak tersebut juga berniat untuk menyambung semula rundingan dan dialog rentas selat berasaskan "teori dua negara baharu".

Taktik pemimpin wilayah Taiwan yang "bermuka dua" ini bukanlah perkara baharu, ianya sudah lapuk dan tindakan yang pasti gagal.

Demikian dinyatakan jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Chen Binhua baru-baru ini.

Chen menegaskan, pihak Tanah Besar bersedia menjunjung prinsip satu China untuk berdialog dan bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai parti, pertubuhan dan tokoh dari Taiwan mengenai isu politik dan usaha mempromosi penyatuan semula, meningkatkan koordinasi dan memperdalam pembangunan bersama dengan Taiwan, demi membina masa depan yang cerah bagi negara yang bersatu dan makmur.

Video

Berita Berkaitan