- Lain-lain
Dron Kargo China buat Penerbangan Sulung
Caihong-YH1000, salah satu model dron kargo terbaru China, selesai melakukan penerbangan sulungnya dengan jaya, sekali gus menandakan kemajuan dalam bidang logistik tanpa manusia.
Dibangunkan oleh China Aerospace Science and Technology Corporation, dron tersebut direka untuk operasi serba guna di altitud sederhana, dengan kemampuan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek, menjadikannya sesuai untuk digunakan di persekitaran yang mencabar.
Rekaan enjin kembar yang diguna pakai membolehkan model ini berlepas dan mendarat di jalan kecil, jalan tanah dan padang rumput. Ia bahkan mampu beroperasi di permukaan air dan tempat bersalji dengan penggunaan alat tambah yang sesuai.
Difahamkan, dron ini mempunyai jarak penerbangan 1,500 kilometer dan altitud operasi maksimum 8,000 meter, serta mampu terbang sehingga 10 jam, membawa muatan seberat 1,200 kilogram.
Muat turun juga lebih mudah dengan rekaan yang membolehkan kargo dimuatkan melalui bahagian depan, dan diturunkan sewaktu dalam penerbangan menerusi bahagian bawah perut. Dengan bekalan kuasa 6-kilowatt di dalam pesawat, model ini mampu menjalankan misi khusus.
Foto menunjukkan sebuah dron kargo tanpa manusia model Caihong-YH1000. (Foto ihsan Akademi ke-11 China Aerospace Science and Technology Corporation)
- Logistik Rentas Sempadan Nampak Lagi Kemajuan
- Sekilas Aksi 6G di Nanjing
- Dron Permudah Kerja Menuai Teh di Xizang
- Dron Hantar Makanan Hangat Buat Warga Emas di Kawasan Pergunungan Zhejiang
- Kos Logistik Sosial China 2024 Catat Penjimatan Lebih RMB400 Bilion
- Aktiviti Logistik China Untuk 2024 Direkodkan Tertinggi Pada Disember
- Lebih 1,800 Jenis Produk Dron Awam Didaftar di China
- Sektor Logistik China Catat Prestasi Kukuh
- China Rangka Langkah Kurangkan Kos Logisitik Sosial
- Skala Pengaplikasian Dron di China Terus Diperluas