- Lain-lain
Rundingan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN 3.0 Dimuktamadkan
Menteri Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN dalam mesyuarat khas yang diadakan secara dalam talian pada Selasa mengumumkan bahawa rundingan mengenai Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 dimuktamadkan.
China dan ASEAN, sebagai dua entiti ekonomi membangun yang besar di dunia, akan mempromosikan CAFTA 3.0 untuk meningkatkan keterbukaan antara satu sama lain, memperluas kerjasama dalam sektor baru muncul dan kuasa produktif kualiti baharu, di samping menyediakan jaminan institusi kukuh kepada penubuhan pasaran mega China-ASEAN.
Pada masa sama, CAFTA 3.0 juga akan menyuntik momentum berterusan kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN, dan mendorong kemakmuran dan pembangunan bersama.
Bagi fasa seterusnya, China dan negara-negara ASEAN akan secara aktif mendorong prosedur ratifikasi di negara masing-masing dengan sasaran protokol naik taraf CAFTA 3.0 dapat ditandatangani secara rasmi menjelang hujung tahun ini.
- Import Eksport Shanghai ke ASEAN Naik 7.1% pada S1 2025
- Hubungan Kukuh China-ASEAN Tafsir Konsep Diplomasi Kejiranan
- Rundingan Pusingan kelima CAFTA Versi 3.0 Berlangsung
- Rundingan Pusingan Ketiga CAFTA 3.0 Sasar Tingkat Tahap Perkongsian Strategik
- Rundingan CAFTA Versi 3.0 Pusingan Kedua Labuh Tirai
- Bilangan Rakan FTA China Semakin Meningkat
- Rundingan CAFTA Versi 3.0 Bermula, Terus Teroka Potensi Perdagangan
- Rundingan Pusingan Pertama CAFTA Versi 3.0 Dimulakan