- Lain-lain
Forum Ekonomi China-ASEAN Diadakan di Kuala Lumpur
![]() |
Forum Ekonomi China-ASEAN berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada Isnin.
Pengerusi Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Ren Hongbin dalam ucapannya berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan komuniti perniagaan negara-negara ASEAN untuk aktif terlibat dalam kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara berkualiti tinggi.
Menurut beliau, pelbagai perjanjian perdagangan bebas seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memacu penaiktarafan kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala, serta mengukuhkan pembangunan terselaras antara rantaian perindustrian dan rantaian bekalan.
Selain memperkasa kerjasama pragmatik dalam bidang pelbagai hala, CCPIT juga akan mengambil bahagian secara aktif dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China, sekali gus menyumbang kepada proses integrasi serantau.
Peserta forum dari negara ASEAN berkata ASEAN dan China mempunyai ruang kerjasama yang luas dalam inovasi teknologi dan penyelarasan sektor perindustrian.
Negara-negara ASEAN amat mementingkan kerjasama rantaian perindustrian dan bekalan dengan China, kata mereka sambil menyatakan kesediaan untuk aktif menyertai Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi ketiga.
Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang dan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Tan Sri Low Kian Chuan.
![]() |
- PM China Tiba di Kuala Lumpur
- Logistik Rentas Sempadan Nampak Lagi Kemajuan
- Bina Rumah yang Aman, Selamat, Makmur, Cantik dan Bersahabat
- China Perjuangkan Keadilan, Kesaksamaan Di Sebalik Ketegangan Global
- Xi Selamat Tiba di Tanah Air
- China, Negara Jiran, Berganding Bahu Demi Masa Depan Lebih Baik
- China Sedia Mantapkan Kerjasama Perdagangan dengan ASEAN
- Kerjasama Digital Jadi Enjin Baharu Pertumbuhan China, ASEAN
- Pelaburan China di ASEAN Berkembang Untuk Manfaat Bersama
- Empat Negara Bersinergi Banteras Penipuan Telekomunikasi