- Lain-lain
China Sepadukan Peranan Zon Pembangunan Teknologi dan Ekonomi, Mahu Tarik Pelaburan Asing
Foto yang diambil pada 19 Mac 2025 ini memperlihatkan keadaan di sebuah bengkel di syarikat bahan-bahan aluminium di Zon Pembangunan Teknologi dan Ekonomi Terusan Hongqi di Bandar Linzhou, Provinsi Henan di tengah China. (Xinhua/Li Jianan)
China akan terus menyepadukan lagi peranan zon pembangunan ekonomi dan teknologi peringkat negeri dalam menarik pelaburan asing di tengah-tengah usaha pembukaan berterusannya, lapor agensi berita Xinhua yang memetik pada Selasa.
Menurut Naib Menteri Kementerian Perdagangan, Ling Ji, aturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa kini menghadapi kejutan teruk.
Beliau menyifatkan peranan zon pembangunan sebagai tunjang utama dalam menstabilkan perdagangan dan pelaburan asing turut semakin terserlah.
Difahamkan, menjelang akhir 2024, bilangan zon-zon seumpama telah mencapai 232 di seluruh negara, menjana KDNK gabungan sebanyak RMB16.9 trilion (kira-kira AS$2.35 trilion).
Dalam tempoh yang sama, perdagangan asing dalam zon tersebut direkodkan berjumlah RMB10.7 trilion, sekali gus menyumbang sebanyak 24.5 peratus daripada keseluruhan perdagangan China.
Pelaburan langsung asing (FDI) di zon dalam penggunaan sebenar mencecah AS$27.2 bilion, iaitu mewakili 23.4 peratus daripada jumlah FDI negara.
Jelas Ling, zon-zon tersebut telah memberikan sumbangan besar dalam pembinaan sistem ekonomi terbuka baharu, menggalakkan pembangunan wilayah yang diselaraskan dan memacu pertumbuhan perindustrian berkualiti tinggi.
Minggu lalu, kementerian itu. telah mengeluarkan pelan kerja yang bertujuan untuk memperdalam pembaharuan dan inovasi dalam zon pembangunan, dengan fokus untuk mencapai pertumbuhan berkualiti tinggi melalui pembukaan standard tinggi.
Untuk meningkatkan kualiti penggunaan pelaburan asing, pelan tindakan memerlukan keutamaan projek yang dibiayai oleh pihak asing dalam sektor seperti litar bersepadu, bioperubatan, dan pembuatan peralatan canggih dalam zon untuk dimasukkan dalam senarai projek pelaburan asing utama.
Ia juga menggalakkan zon pembangunan untuk memperdalam penglibatan pelabur global dan institusi kewangan terkemuka dengan memanfaatkan platform promosi perdagangan sambil berazam untuk memberi sokongan dalam menghantar delegasi ke luar negara untuk menarik modal asing.
Bagi langkah seterusnya, kementerian itu memaklumkan bahawa ia akan memberi tumpuan untuk memudahkan pelaksanaan rangka kerja sambil menyokong zon pembangunan dalam mengembangkan sumber pelaburan asing dan menggalakkan pelaburan semula oleh perusahaan yang dibiayai oleh modal asing di China.
- China Bawa Kepastian, Kestabilan Lebih Besar Kepada Ekonomi Global
- Petunjuk Utama Tekankan Daya Tahan Ekonomi China
- Ekonomi China Mengekalkan Momentum Pemulihan Kuat pada S1 2025
- China Kekal Menarik Bagi Pelabur Amerika
- Kerajaan Tempatan di China Bentang Projek Utama, Pupuk Pendorong Pertumbuhan Baharu
- Ekonomi China Catat Permulaan Mantap
- Ekonomi China Tunjuk Trend Positif
- Memacu Pembangunan GLC dan Syarikat Swasta - Xi
- Daya Tahan Ekonomi China: Mendepani Cabaran, Maju Penuh Yakin
- Ekonomi 'Three New' China Berkembang Pesat