- Lain-lain
Festival Beli-belah 618 Lebarkan Sayap ke Global, Tawar Penghantaran Percuma
(foto/VCG)
Festival beli-belah tahunan 18 Jun China yang turut popular sebagai ‘618’ telah membuka tirainya pada baru-baru ini, dengan platform e-dagang utama telah menawarkan penghantaran percuma ke lebih banyak kawasan di seluruh dunia dalam usaha untuk mendekati pengguna antarabangsa.
Difahamkan, Taobao mengumumkan bahawa zon penghantaran percumanya kini telah meliputi 12 negara dan wilayah miliknya termasuk Hong Kong, Makau dan Taiwan, serta negara seperti Singapura, Malaysia, Korea Selatan, Australia, Jepun, Thailand, Kemboja, Kazakhstan dan Mongolia, dengan kedua-dua negara terakhir itu dimasukkan buat kali pertama.
Semasa berlangsungnya acara itu, pengguna di kawasan-kawasan tersebut boleh menikmati penghantaran percuma bagi pesanan dalam jumlah yang tertentu, selain kemudahan untuk pemulangan barang yang membolehkan pembeli menghantar semula barang yang tidak dikehendaki di tempat pengumpulan berdekatan.
Tanpa disangka-sangka, aplikasi e-dagang China menjadi popular di peringkat antarabangsa, dengan beberapa daripadanya berjaya menghuni ranking aplikasi teratas di beberapa negara. Dalam platform media sosial global, ‘debat’ mengenai barangan yang wajib dibeli dan ‘meniru senarai membeli-belah satu sama lain’ telah menjadi tular, sekali gus memperlihatkan kehangatan membuak-buak dalam pasaran China.
Penganalisis pasaran berpendapat bahawa trend tersebut mencerminkan penghargaan pengguna global terhadap produk dan jenama China.
Daripada aplikasi beli-belah China yang pelbagai bahasa kepada jumlah penjualan ke luar negara yang semakin meningkat, kualiti ‘Made in China’ dan penghantaran percuma global telah mengubah pengalaman beli-belah rentas sempadan.
- China Bawa Kepastian, Kestabilan Lebih Besar Kepada Ekonomi Global
- Petunjuk Utama Tekankan Daya Tahan Ekonomi China
- Ekonomi China Mengekalkan Momentum Pemulihan Kuat pada S1 2025
- China Kekal Menarik Bagi Pelabur Amerika
- Kerajaan Tempatan di China Bentang Projek Utama, Pupuk Pendorong Pertumbuhan Baharu
- Ekonomi China Catat Permulaan Mantap
- Ekonomi China Tunjuk Trend Positif
- Memacu Pembangunan GLC dan Syarikat Swasta - Xi
- Daya Tahan Ekonomi China: Mendepani Cabaran, Maju Penuh Yakin
- Ekonomi 'Three New' China Berkembang Pesat