"Kembara Pengarang Muda ASEAN ke China" Ke-2 di Foshan

(CRI)Rabu 28 Mei 2025

Seramai 46 pengarang, penyair dan penterjemah dari 9 negara anggota ASEAN, serta pelbagai tempat di China seperti Beijing, Shanghai, Qinghai, Jilin, Guangdong dan Guangxi yang menyertai aktiviti "Kembara Pengarang Muda ASEAN ke China" Ke-2 telah tiba di bandar Foshan provinsi Guangdong pada Isnin, dan turut memulakan kunjungan di bandar perintis dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang juga mempunyai kebudayaan bersejarah itu.

Ketika mengunjungi Muzium Zumiao (kuil nenek moyang), Pengerusi Persatuan Pengarang Kemboja, penyair Blonbrani berkata, senyuman rakyat dan kemakmuran ekonomi tempatan, boleh mencetuskan ilham untuk penghasilan karya.

"Saya teruja kerana ini kunjungan pertama kali saya ke provinsi Guangdong. Saya suka pada tarian naga," kata pengarang Thailand, Jassani Taisongti.

Menurutnya, aktiviti yang menghimpunkan pengarang muda seumpama itu, berkemungkinan boleh membantu menghasilkan lebih banyak karya yang cemerlang.

Menurut seorang pengarang dari Laos, Wanchaiyad, kunjungan julung kalinya ke China memberikan tanggapan yang mendalam kepadanya. Bangunan purbakala dan kebudayaan tradisional yang terpelihara, beserta pembangunan ekonomi yang moden membentuk satu landskap yang harmoni.

Video

Berita Berkaitan