China Lancarkan Prob Tianwen-2 Ambil Sampel Asteroid

(CRI)Khamis 29 Mei 2025

Roket pembawa Long March-3B Y110 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di provinsi Sichuan, barat daya China, pada pukul 1:31 pagi tadi waktu Beijing, dan kira-kira 18 minit kemudian, berjaya menghantar prob Tianwen-2 ke dalam orbit pemindahan bumi-steroid 2016HO3, menurut Jabatan Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA).

Ini menandakan bermulanya misi pertama negara ini tentang eksplorasi serta pengambilan sampel di asteroid, dan juga merupakan langkah pertama antara sebanyak 13 langkah penerbangan bagi misi Tianwen-2 yang akan berlangsung selama kira-kira sedekad.

Untuk perincian, sampel berkenaan akan diambil dari asteroid dekat-bumi 2016H03 dan kemudian dihantar balik ke bumi. Seterusnya, eksplorasi berkenaan akan diadakan terhadap komet jalur-utama 311P yang lokasinya lebih jauh daripada Marikh.

Pelancaran kali ini juga merupakan penerbangan ke-578 bagi siri roket pembawa Long March.

Video

Berita Berkaitan