Warga Asing Dalami Tradisi Lumba Perahu Naga China di Sanya

Warga Asing Dalami Tradisi Lumba Perahu Naga China di Sanya
Upacara melukis mata naga sebelum perlumbaan perahu naga. (Foto ihsan penganjur)

"Tradisi ini cukup menarik. Yang lagi utama, kami dapat kawan baru di sini," demikian kata Charline dari Perancis, setelah menyertai Terbuka Pertandingan Perahu Naga Sanya 2025.

Dia bersama-sama rakan sepasukannya yang juga warga asing di Sanya, provinsi Hainan, selatan China menyertai pertandingan itu pada 31 Mei sempena Pesta Perahu Naga (Duanwu).

HelloSanya, iaitu pasukan dianggotai Charline terdiri daripada lebih 10 ahli asing. Majoriti daripada mereka berkecimpung dalam industri media dan rata-ratanya telah menetap di Sanya selama lebih daripada 3 tahun.

Satu lagi pasukan yang terdiri daripada warga asing yang menyertai pertandingan itu pula bertanding dengan nama Pasukan Antarabangsa Eropah, Afrika, Asia. Anggotanya terdiri daripada guru, pempengaruh dan pelajar asing. Kesemua mereka mengenali satu sama lain melalui sukan tradisional China itu.

Sebelum pertandingan bermula, Jawatankuasa Penganjur telah menyediakan kelas khusus buat para peserta asing agar mereka dapat lebih mendalami tradisi lumba perahu naga.

Pasukan HelloSanya bermula. (Foto ihsan penganjur)
Pasukan Antarabangsa Eropah, Afrika, Asia dalam perlumbaan perahu naga. (Foto ihsan penganjur)
Pasukan HelloSanya dalam perlumbaan perahu naga. (Foto ihsan penganjur)
Pihak penganjur menganugerahkan sijil kepada peserta asing. (Foto ihsan penganjur)
Peserta asing bergambar bersama-sama. (Foto ihsan penganjur)
Peserta asing bergambar bersama-sama. (Foto ihsan penganjur)

Video

Berita Berkaitan