- Lain-lain
Pesawat GBA Diperkenal, Mahu Promosi Peranan Hong Kong Selaku ‘Penghubung Super’
Satu upacara memperkenalkan Pesawat Kawasan Teluk Besar (GBA) telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada Isnin, dalam usaha untuk mempromosi peranan bandar itu dalam ketersambungan global serta peluang yang terdapat dalam GBA Guangdong-Hong Kong-Makau.
Pesawat GBA yang dihiasi dengan reka bentuk promosi yang disulami dengan tulisan bermaksud ‘Memanfaatkan Kekuatan Hong Kong, Membangunkan Kawasan Teluk Besar Kelas Pertama’ itu akan beroperasi antara Hong Kong dan tanah besar China serta bandar-bandar luar negara bagi memperkenalkan GBA dan Hong Kong kepada dunia.
Semasa upacara tersebut, Erick Tsang Kwok-wai, setiausaha bagi Hal Ehwal Tanah Besar dan Perlembagaan untuk Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong memberitahu bahawa Hong Kong memainkan peranan sebagai ‘penghubung super’ antara tanah besar China dengan dunia, sekali memanfaatkan dwi peranannya dalam menuju ke arah global dan menarik pelaburan asing buat GBA.
Tsang turut menzahirkan harapannya agar pesawat itu akan menjadi ‘duta besar udara’ untuk mempromosi GBA, sekali gus meningkatkan kesedaran awam terhadap pembangunan terkini GBA.
Ketua Pegawai Eksekutif Greater Bay Airlines, Liza NG berkata bahawa dengan adanya penerbangan harian ke dan dari bandar bandar-bandar yang berbeza, visi GBA akan dapat diperluaskan ke luar negara, seterusnya membolehkan lebih ramai orang memahami pembangunan GBA secara lebih luas dan menyertainya.
Beliau berkata, syarikat penerbangan itu telah ditubuhkan untuk menyokong strategi kebangsaan untuk membangunkan GBA, dan akan memberi sumbangannya seiring dengan Hong Kong yang memanfaatkan sepenuhnya kelebihan tersendirinya iaitu mendapat sokongan padu daripada tanah besar dan menikmati hubungan rapat dengan dunia serta statusnya sebagai hab penerbangan antarabangsa untuk disepadukan ke dalam pembangunan negara secara keseluruhan.
Inisiatif tersebut merupakan kali pertama Hong Kong menggunakan pesawat sebagai platform mudah alih untuk mempromosikan lagi GBA kepada khalayak global, dan ia dilakukan selepas usaha promosi awal untuk mendekati masyarakat tempatan melalui pengangkutan seperti bas, trem serta feri.
- Laporan "Akta Dasar Hong Kong 2025" AS, Intervensi Biadab
- Xi Bertemu Ketua Eksekutif SAR HK John Lee
- Pameran di HK Memperingati Novelis Seni Pertahan Diri, Mendiang Jin Yong
- LegCo HKSAR Lulus RUU Lindung Keselamatan Negara
- China Sanggah Campur Tangan UK dalam Urusan Hong Kong
- Xi Galak Pelajar Beri Sumbangan untuk HK yang Lebih Baik
- Pemuda HK Zahir Sokongan kepada Undang-Undang Keselamatan Negara
- Itik Getah Gergasi Datang Lagi ke HK lepas 10 Tahun
- Urusan HK Tolak Sebarang Campur Tangan
- HKDL: Bersedia untuk Mengalu-alukan Pelancong