- Lain-lain
Wang Yi Terima Kunjungan Duta Besar Baharu AS ke China
Menteri Luar China, Wang Yi berkata hubungan antara China dan Amerika Syarikat (AS) sedang berada pada fasa yang kritikal.
Sama rata dan saling menghormati adalah prasyarat hubungan kedua-dua negara, manakala kerjasama dan dialog adalah satu-satunya pilihan yang bijak, kata Wang ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar baharu AS ke China, David Perdue di Beijing, pada Selasa.
Wang mengalu-alukan pelantikan Perdue sebagai duta AS ke China, dan berharap beliau dapat memainkan peranan sebagai pengantara yang boleh dipercayai bagi merapatkan komunikasi, dan penyelaras bagi merungkai perselisihan pendapat antara kedua-dua negara, agar mendorong hubungan China-AS berkembang secara sihat dan mantap.
Menurut Wang, selepas China dan AS mengadakan rundingan ekonomi dan perdagangan di Geneva, China secara bersungguh-sungguh melaksanakan konsensus yang tercapai.
Walau bagaimanapun, yang mengesalkan adalah AS mengambil pelbagai langkah negatif, menjejaskan hak dan kepentingan sah pihak China, mengundang bantahan keras dari China.
AS dinasihatkan berjalan sehaluan dengan China, melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara pada Januari lalu, agar mencipta syarat bagi hubungan dua hala kembali ke landasan normal, kata Wang.
David Perdue menyatakan, Presiden Donald Trump amat menghormati Presiden Xi Jinping. Hubungan positif dan membina antara peminpin tertinggi AS dan China amat signifikan.
Sebagai duta besar, Perdue menzahirkan kesediaan untuk merapatkan komunikasi dengan China berasaskan semangat saling menghormati bagi saling memahami.
- Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS Capai Kemajuan Signifikan
- Rundingan Perdagangan Peringkat Tinggi China-AS Berlangsung
- Wang Yi Bertemu Naib Pengerusi Eksekutif NCUSCR
- Wang Yi Ulangi Dasar China terhadap AS
- Xi Balas Kad Selamat TBC kepada Sahabat dari AS
- China, AS Patut Cari Cara Pergaulan Betul Bagi Era Baharu - Wang Yi
- Han Zheng Hadir Upacara Angkat Sumpah Trump
- Han Zheng Bertemu Bakal Naib Presiden AS
- Xi Hantar Wakil Khas ke Majlis Angkat Sumpah Trump
- Xi Ucap Takziah Kematian Jimmy Carter